Permit Perjalanan Tanah Besar bagi Penduduk Hong Kong dan Makau
Permit Perjalanan Tanah Besar bagi Penduduk Hong Kong dan Makau

Permit Perjalanan Tanah Besar bagi Penduduk Hong Kong dan Makau

Permit Perjalanan Tanah Besar bagi Penduduk Hong Kong dan Makau, juga dikenali dalam bahasa basahan sebagai Permit Pulang ke Rumah atau Permit Lawatan Rumah[1] merupakan dokumen perjalanan ke tanah besar China yang dikeluarkan kepada warganegara itu yang merupakan pemastautin tetap atau menetap di Hong Kong dan Makau. Permit tersebut dikeluarkan oleh Pentadbiran Keluar dan Masuk Republik Rakyat China melalui cawangan-cawangan kecil Perkhidmatan Perjalanan China di Hong Kong dan Makau, yang membenarkan para pemegang permit untuk membuat perjalanan dengan bebas ke tanah besar.Nama "Permit Pulang ke Rumah" telah dipilih kerana ia digunakan oleh emigran China di Hong Kong dan Makau untuk mengunjungi keluarga mereka di tanah besar China. Kebanyakkan pemegang permit ini merupakan penduduk dengan status pemastautin tetap di Hong Kong dan/atau Makau, dan permit tersebut berfungsi sebagai kad pengenalan de facto untuk penduduk Hong Kong dan Makau di tanah besar sehinggalah Permit Mastautin untuk Penduduk Hong Kong dan Makau yang dikeluarkan pada September 2018.